Tuesday, October 26, 2010
KEPERCAYAAN HANTU PADA ORANG MELAYU DAN KAUM LAIN
Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus atau semangat jahat yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam
semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman
animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap menjadi kediaman jin atau
penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.
Malahan jamuan makanan atau acak kebiasaannya(PULUT KUNING DAN TELUR AYAM) disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang lebih dikenali sebagai pawang
bagi memastikan penunggu tersebut tidak mengganggu manusia dan sebaliknya akan membantu penduduk daripada serangan wabak
penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini amat besar dosanya dan dikategorikan sebagaiSyirik Jali iaitu perbuatan
syirik yang jelas dan nyata. Amatlah perlu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam golongan yang dimurkai Allah swt ini.
Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaananimisme.
Dengan kedatangan agama Hindu dan Bhudda, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami
tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan
bagi mendapatkan perlindungan. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil
di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment