click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Pages

Wednesday, October 27, 2010

HANTU WUJUD KE TIDAK?


Kedatangan agama Islam telah menyedarkan bahawa tidak terdapat roh dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin dan syaitan, dianggap mendiami alam yang

berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan

keizinan Allah swt. Sebagai umat Islam yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, kita hanya takut dan mengesakan Allah

semata-mata. Kita digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan hendaklah selalu berdoa

'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - A'uzubillah himinash syaitanirrajim'


Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu,

yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah

disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulama telah tampil ke hadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar,

yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa yang sering menakut-nakutkan

anak-anak dengan kewujudan hantu hingga menyebabkan anak-anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa

hantu itu berkuasa untuk memudaratkan mereka.









No comments:

Post a Comment