click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Pages

Friday, August 5, 2011

Bersahabat dengan jin

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan dari jin yang menjurus kepada syirik kerana pemgamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau.Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.

Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarak seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemenyan setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka ini mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.

Thursday, May 19, 2011

Menghalau Hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masaalah dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu sesuatu, dan akan berpaling kepada perkhidmatan traditional bagi cuba mengobati pesakit.


Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-

§ Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun. Cara ini telah difatwakan haram oleh ulama.

§ Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.

§ Menurut keugamaan masing-masing.

Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo. Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan

si pesakit sembuh, mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.

Tuesday, May 10, 2011

Sikit-sikit hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui. Contohnya :
§  Mengapa seseorang itu sakit mengejut pada hal sebelum ini kelihatan sihat selepas pindah ?

§  Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?.
§  Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai .
§  Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam.
§  Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang. (Akibat haiwan buas?)
Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.
Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai perempuan.
 Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan untuk didekati.
Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya),kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Tuesday, May 3, 2011

Kedatangan Islam

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan danselalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.
Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu, yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.
Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa anak-menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.

Saturday, April 30, 2011

Analisa Pengkaji Sejarah

Sementara sesetengah orang menerima hantu sebagai realiti, ramai yang lain mempersoalkan kewujudan hantu.
Pemaham mungkin cuba menjelaskan hantu yang kelihatan dengan menggunakan prinsip pencukur Occam (Occam's razor), yang mana menyatakan bahawa penjelasan yang mudah dan memandai bagi sebarang keadaan atau fenomena adalah yang penjelasan yang paling mungkin.
Ini bererti bahawa motif dan keikhlasan orang yang melaporkannya dipersoalkan. Sebagai contoh, hantu yang berkeliaran biasanya dikaitkan dengan dendam atau mencari keadilan. Meletakkan kuasa dan motif sedemikian kepada orang mati boleh ditafsirkan sebagai taktik menakutkan mereka yang mungkin menimbangkan untuk membunuh seseorang.
Kedua, kemungkinannya penipuan atau penipunya perlu ditimbangkan, dengan mereka yang melaporkannya dianggap sebagai mangsa. Ia berkemungkinan bahawa kadang-kala menceritakan cerita hantu mungkin satu cara bagi masyarakat terpencil bagi menghindari penceroboh. Ia juga berkemungkinan bahawa sekiranya taktik ini gagal, ia boleh diperbaiki dengan seseorang daripada masyarakat tersebut berlakon sebagai hantu.
Ketiga, penjelasan berasaskan pengetahuan mengenai psikologi manusia diberikan. Sebagai contoh, kemunculan hantu seringkali dikaitkan dengan gambaran bayang lutsinar, kelam, pudar, dan perasaan sejuk. Tetapi tindakbalas haiwan biasa kepada ketakutan adalah rambut tegak, yang boleh dikelirukan dengan rasa sejuk.
Aspek penglihatan hantu boleh dijelaskan melalui fisiologi: penglihatan sisi amat sensitif mengesan pergerakan, tetapi tidak bagi warna atau memfokus bentuk; dengan itu, tirai yang bergerak atau sebarang pergerakan diluar penglihatan fokus boleh menghasilkan ilusi bentuk.
Kewujudan infrabunyi semulajadi, di mana berlaku pada bawah frekuensi yang boleh didengari manusia (di bawah 20 hertz), mampu menjelaskan kecenderungan merasakan "kehadiran" dalam bilik, atau menjelaskan perasaan gelisah atau seram, kerana frekuensi infrasonik tertentu diketahui menghasilkan perasaan sedemikian kepada tubuh manusia.
Faktor psikologi sering kali disebut sebagai penjelasan bagi kejadian nampak hantu: mereka yang lemah semangat cenderong membesar-besarkan apa yang dilihat apabila melawat tapak kejadian sesuatu sejarah yang tidak diingini. Gambaran tertentu seperti gambar dan filem mungkin mendorong seseorang mengaitkan struktur tertentu atau kawasan sebagai berhantu kerana apa yang dilihatnya dalam filem.
Beberapa gambaran mengenai hantu pernah ditangkap secara tidak sengaja oleh masyarakat setempat. Kebanyakkan gambar yang diambil adalah di tepi jalan, kuburan,dan rumah-rumah sakit. Bayangan didalam gambar ini menunjukkan bayangan hitam, kepulan asap,rupa wajah dan juga cahaya yang terang.Tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Wednesday, February 16, 2011

Hantu Dalam Islam

Dalam Islam, tidak wujudnya hantu, tetapi yang dikelaskan sebagai hantu merupakan jin yang mengganggu manusia. Syaitan yang juga tergolong dalam kelompok jin, dan jin dikenali sebagai mahkluk halus yang tinggal di dalam alam lain. Bagaimanapun, kumpulan jin ini boleh memasuki alam manusia. Terdapat jin yang membuat hubungan dengan manusia dan berkhidmat dengan manusia dengan matlamat menyesatkan manusia seperti merosakkan akidah dan sesama manusia. Persahabatan ini dikenali sebagai saka.



Saturday, January 22, 2011

Hantu? pe 2?


Hantu (Tulisan Jawi: هنتو) pada asasnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:-
1.Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
2.Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia
.Hantu seringkali digambarkan sebagai bersaiz dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadang kala ia tidak nampak dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, yang tidak mempunyai penjelasan logik.
Di Barat mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut nonorthodox doktarin Khatolik, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptise tinggal. Penting bagi mengetahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Khatolok dan Kristian Anglikan (dan Christian Spiritualism), percayakan hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).
Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai kepada kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.
Dalam ugama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam Garuda Purana, skripture dari Vedic tradisi (Hindu).
Kedua-dua Timur dan Barat berkongsi asas yang sama mengenai hantu. Mereka merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "menghantui". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mana mereka sering pakai semasa hidup.
Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu laparSentient being dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".